Reka bentuk Jujukan Imbasan Elektronik Aktif

Radar AESA dibina dengan reka bentuk mekanikal yang amat mudah kerana tidak memerlukan hidraulik yang sebegitu kompleks bagi menggerakkan antena. Radar AESA hanya memerlukan ruang yang kecil jika dibandingkan dengan radar biasa. Ini disebabkan oleh pengurangan keperluan infrastruktur dan semestinya tiada julat pergerakan (range of motion).